ASSALAMMUALAIKUM
DAN SELAMAT SEJAHTERA
Kita sebagai ibu
bapa mestilah memahami anak-anak kita
supaya kita dapat memberi sokongan dan bantuan yang tepat.Sokongan dan bantuan
yang tepat akan membantu kanak-kanak mencapai tahap bacaan yang optimal.Memupuk minat
membaca mestilah bermula dari rumah. Rumah adalah syurga bagi keluarga, sangat
teruja jika melihat anak-anak kita boleh membaca seawal 3-4 tahun dengan lancar.Zaman moden sekarang, tidak perlu tunggu sehingga anak pergi ke
tadika..semuanya boleh bermula dari rumah.
© PILIH TEMPAT YANG SELESA UNTUK MEMBACA
Tempat
memainkan peranan yang penting,pastikan anak kita gembira dan selesa dengan
tempat yang kita sediakan..paling penting mestila dipenuhi dengan lampu.
© BACA BUKU UNTUK SI MANJA
Jika
mahu tarik minat anak membaca, kita sebagai ibu bapa haruslah bacakan untuk
anak-anak. Bagi si manja yang berumur 2-3 tahun, mereka mahukan ibu bapa yang
membacakan terutama buku “ favourite ”. Jangan terkejut, jika satu hari si
manja boleh menghafal segala isi cerita dalam buku tersebut sebelum kita
memulakan pembacaan. Mungkin butir-butir yang keluar dari mulut si manja
kedengaran pelat-pelat tetapi mereka berusaha untuk memberitahu..Tidak
percaya..?? Cubalah dahulu..
© JADIKAN MEMBACA SEBAGAI SATU RUTIN HARIAN
Maksudnya
di sini, jangan setiap kali balik je di rumah, terus buka astro Channel Kartun
contohnya Channel 611..biasanya nie adalah salah satu cara ibu bapa untuk
mengelakkan anak dari terus mengganggu..kira nak bagi anak senyaplah dari terus
merengek dekat kita..Sebenarnya itu adalah satu langkah yang silap,dengan waktu
yang singkat..berjumpa hanya pada waktu malam, bagi ibu bapa yang bekerjala..kalau
si ibu jadi suri rumah, ada banyak masa yang terluang untuk si manja.Okey
sekiranya kita lakukan membaca sebagai satu rutin harian, ia tak perlu disuruh
lagi..Anak-anak akan secara automatic mengambil buku tanpa disuruh dan menyuruh
kita membaca. Memang nampak penat tetapi percayalah segala penat lelah anda
akan berbaloi pada masa akan datang.
Suara
xbest?? Xpelah, yang penting anak gembira..tiada sape yang peduli..Anak-anak
tidak kisah pon dengan suara kita..apa yang mereka nak kita memberikan sepenuh
perhatian terhadap mereka..Latih mereka menghafal dari segi nyanyian supaya
anak-anak tidak merasa bosan dengan cara yang sama je..
Bagaimana anak mahu membaca buku jika ibu-bapa tidak menunjukkan minat ke arah itu..Tunjukkan perilaku yang baik dan teladan yang baik..Orang kata '' Leadership by example '' atau bermaksud '' '' ''Kepimpinan melalui Teladan ''. Kalau anak selalu nampak ibu-bapa mereka asyik dengan telefon bimbit sahaja, bagaimana mereka mahu mencontohi kita???
© TANYA SOALAN PADA ANAK
Anak suka bila kita menunjukkan minat. Bila ada gambar-gambar dalam buku, tanya dia kenapa gambar itu begitu begini. Contohnya jika baca buku '' Ugly Duckling'', ada seekor itik yang berwarna lain dari yang lain, cuba tanya anak, '' Kenapa tiada itik lain tak kawan dengan dia ?'' '' Kenapa dia bersedih? ''. Kita akan tersenyum bila mendengar jawapan dari mereka, tak kisahla logik atau tidak..kadang-kadang ada yang melucukan.
© PILIH BUKU YANG BAGUS
Terlalu banyak buku kanak-kanak di kedai-kedai buku seperti di POPULAR atau MPH..Pilih buku yang banyak memainkan warna di dalam buku tersebut..Ini untuk menarik minat anak-anak kita untuk membaca, kalau warna yang malap dan suram je..mesti xde sapa yang nak bacakan??
© GABUNGKAN MEMBACA DENGAN MENULIS
Usah serahkan tugas mengajar anak hanya pada cikgu-cikgu di tadika atau sekolah sahaja. Apa salahnya kita mengajar anak kita di rumah, wujudkan satu tempat khas untuk anak kita belajar..Belikan white board atau papan hitam yang khas untuk anak-anak kita menulis dan membaca..Ini untuk melatih dan persediaan sebelum anak kita mula bersekolah..
© TAMPAL ABJAD ABC
ATAU NOMBOR 123 DI DINDING BILIK TIDUR
ANAK
Ada banyak produk yang dijual di kedai buku yang mengandungi senarai ABC berserta gambar yang menarik.Tampal di bilik tidur mereka, apabila anak-anak nampak setiap hari, ia secara automatik akan menghafal abjad tersebut..
©
SELALU BAWA ANAK KE KEDAI BUKU ATAU
PERPUSTAKAAN
Ini untuk mendedahkan anak kita tentang pusat membaca buku selain di rumah..takdela mereka bosan je, nak baca mesti kat rumah..cuba bawak anak-anak keluar dari rumah, ubah cara pembacaan mengikut suasana di luar..
- Moga input yang diberi dapat membantu ibu-bapa semua..Ameen...( ◠‿◠ )
Rakan Shaklee Anda
Nurul Azrin Binti Hashim
♥ SMS/WhatsApp/Wechat : 016-2253792
♥ Emel : puteri2485@gmail.com
♥ FB Page: Nurin Supplement
♥ FB : https://www.facebook.com/nu.rin.52
- These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
Pick
Up/COD Area:
Malim,cheng,durian tunggal,krubong,sungai udang
0 comments:
Post a Comment