Bukan Kulit Putih Saja Cantik, Coklat Lagi Orang Nak....☺☺
Ramai yang nak kulit putih sebab rasa orang yang kulit gebu itu lebih cantik. Jika benar pemikiran anda sedemikian, kena cepat sedar yang kulit gelap juga sangat cantik jika tahu bergaya dan menjaga penampilan.
Tambah pula di Malaysia, punya kulit yang sawo matang dan hitam manis. Jangan risau, anda tak perlu beli pelbagai produk semata nak putih. Tetapi patut berbangga dan menghargai anugerah Ilahi.
Lain pula wanita yang berkulit putih dari negara barat, rela berusaha dengan banyak cara menjadikan kulit mereka lebih gelap. Ada yang menggunakan lotion tanning dan berjemur berjam-jam di pantai hanya untuk mendapatkan kulit coklat secantik yang anda miliki. Anda pasti lebih berani untuk bergaya.
Mungkin ada yang masih menganggap cantik itu berkulit putih. Tetapi, jangan kecewa dan putus asa wanita. Dulu mungkin bolehlah, sekarang trend tampil cantik dengan kulit gelap. Daripada tanggung risiko telan dan pakai produk yang tidak pasti tentang kandungan bahan kimia, lebih baik anda jaga kulit anda daripada masalah lain seperti jerawat dan jeragat. Tunjukkan bahawa anda juga cantik luar biasa dengan anugerah yang dimiliki.
Wanita, jika anda percayakan diri sendiri, cerdas, peramah, punya bakat atau kemampuan yang tidak dimiliki orang lain, siapa yang layak nak kata anda tak cantik? Relax, You're beautiful Ladies!
Pssstt: Tengok beberapa artis Malaysia ini, sangat jelita walau berkulit gelap. Lagi bergaya pun ada!
Rakan Shaklee Anda
Nurul Azrin Binti Hashim
♥ SMS/WhatsApp/Wechat : 016-2253792
♥ Emel : puteri2485@gmail.com
♥ FB Page: Nurin Supplement❤❤❤❤
0 comments:
Post a Comment