Ads 468x60px

Sunday 18 January 2015

KAFEIN & KEHAMILAN..Selamat Ke??



ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA..





Adakah saya perlu berhenti mengambil kafein memandangkan kini saya hamil?

Anda tidak perlu berhenti mengambil kafein, tetapi anda mungkin mahu mengurangkannya. Jika anda mengambil terlalu banyak kafein, bayi anda mungkin lahir kecil daripada sepatutnya. Bayi yang dilahirkan kecil berisiko lebih tinggi mengalami masalah kesihatan ketika dilahirkan dan hari-hari seterusnya. Ada juga kemungkinan bahawa tahap kafein yang tinggi boleh menyebabkan keguguran. Satu kajian menunjukkan bahawa tahap kafein yang sedikit pun mungkin mempunyai kaitan dengan keguguran.

Pakar mencadangkan wanita hamil mengambil tidak lebih daripada 200mg kafein sehari. Ini bersamaan dengan dua cawan besar kopi atau empat cawan kecil teh atau lima tin minuman kola sehari.

Apakah kesan sebenar kafein pada badan saya?

Kafein ialah sejenis stimulan. Ia meningkatkan denyutan jantung dan metabolisme, dan ini boleh menjejaskan bayi anda yang sedang berkembang. Walaupun begitu, sedikit stres pada bayi, seperti apa yang bayi anda rasakan selepas anda minum secawan kopi, tidak membahayakannya. Ia serupa dengan apa yang berlaku apabila anda meluru masuk ke dalam bas, satu lagi situasi yang meningkatkan denyutan jantung dan metabolisme seketika.

Sesiapa yang kerap minum kopi tahu bahawa mereka boleh jadi ketagih dan jika terlalu banyak boleh menyebabkan insomnia, keresahan dan sakit kepala. Ia juga bersifat diuretik, iaitu ia membuatkan anda perlu sering membuang air dan ini boleh menyebabkan badan anda kehilangan air dan cecair lain yang kesemuanya perlu untuk mengekalkan kesihatan anda semasa hamil.

Teh dan kopi juga boleh menjejaskan keupayaan badan menyerap zat besi jika anda meminumnya semasa makan atau dalam masa sejam selepas waktu makan.

Apakah makanan dan minuman yang mengandungi kafein?




Kafein terkandung dalam kopi, teh, minuman kola dan coklat. Sesetengah ubatan-ubatan di pasaran termasuk pil sakit kepala dan selsema, ubat tahan mengantuk dan ubat alahan juga  mengandungi kafein. Sentiasa dapatkan nasihat ahli farmasi sebelum anda beli ubat-ubatan di pasaran dan jangan lupa maklumkan bahawa anda sedang hamil.

Hakikatnya, jumlah kafein dalam secawan kopi dan teh berbeza-beza bergantung kepada samada kopi itu ditumbuk atau daun teh itu direndam atau adakah ia kopi atau teh segera. Ia juga bergantung kepada kepekatannya. Kola dan minuman-minuman lain juga berbeza kandungan kafeinnya. Lihatlah senarai di bawah untuk mengetahui purata jumlah kafein dalam beberapa jenis makanan dan minuman. Anda mungkin terkejut bagaimana mudahnya anda boleh mendapat kafein dalam dos tinggi.

1 cawan besar kopi segera = 100mg
1 cawan kecil kopi segera = 75mg
1 cawan kecil kopi dibru = 100mg
1 cawan kecil teh = 50g
1 tin minuman kola = 40mg
1 tin minuman tenaga = 80mg
1 x 50g kepingan coklat biasa = sehingga 50mg
1 x 50g kepingan coklat susu = sehingga 25mg

Ingatlah bahawa kandungan kafein dalam espreso dan espreso berasaskan kopi seperti kapucino dan late adalah bergantung kepada kedai yang menjualnya. Satu kajian menunjukkan bahawa tahap kafein berbeza daripada 50mg setiap espreso di satu kedai kepada setinggi 300mg bagi setiap espreso di kedai lain.

Sebagai jalan selamat, saya ingin berhenti mengambil kafein. Ada tip-tip tertentu?

Anda mungkin dapati deria rasa anda yang akan membantu. Ramai wanita mendapati keinginan untuk minum secawan kopi terhenti semasa trimester pertama apabila deria rasa mereka berubah dan loya boleh berlaku.

Selain itu, untuk mengurangkan jumlah kafein dalam minuman panas anda di rumah, rendamnya sebentar sahaja. Jika anda gemar minum teh Earl Grey, merendamnya selama satu minit berbanding lima minit mengurangkan jumlah kafein sebanyak separuh. Sesetengah pengeluar teh kini menawarkan teh hitam tanpa kafein atau teh hijau.

Walaupun teh herba biasanya tidak mengandungi kafein, pastikan anda membaca senarai bahan-bahan di dalamnya. Anda mungkin mahu mengelakkan jumlah kafein yang tinggi dan juga sesetengah herba dan perasa yang mungkin tidak selamat diambil semasa hamil. (Baca lebih lanjut mengenai herba dan kehamilan.)

Jika anda penggemar kopi atau minuman kola, berhenti mengambil kafein bukan perkara mudah. Untuk meminimakan simptom-simptomnya, yang termasuk sakit kepala, keletihan, lemah badan dan mengantuk, lakukannya secara beransur-ansur. Kurangkan sebanyak setengah cawan setiap hari. Anda juga boleh cuba tukar daripada kopi yang dibru segar kepada kopi segera.

Jika kopi memuaskan keperluan emosi anda, contohnya sebagai masa rehat atau sebagai ritual pagi atau penamat kepada hidangan makanan, anda boleh menukarkannya kepada secawan kopi atau teh tanpa kafein. Jika anda teringinkan minuman kola sejuk, belilah yang tanpa kafein sekali-sekala atau lebih baik lagi, cubalah segelas air mineral dengan sedikit kordial limau.




Rakan Shaklee Anda


Nurul Azrin Binti Hashim
 SMS/WhatsApp/Wechat : 016-2253792
 Emel : puteri2485@gmail.com
 FB Page: Nurin Supplement
 FB Nu Rin

Read more...

Pemakanan SIHAT Semasa Hamil...



ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA..









Baru hamil?

Jika anda baru sahaja tahu yang anda hamil, tahniah! Memandangkan sekarang anda bakal menjadi ibu, anda mungkin tertanya-tanya apa yang anda boleh dan tidak boleh makan, dan berapa kalori yang anda perlukan. Seksyen nutrisi kehamilan kami mempunyai kesemua jawapannya.

Pada masa ini anda mungkin tidak begitu berselera, terutamanya jika anda mengalami mabuk hamil pagi. Tetapi cubalah makan secara sihat apabila anda boleh. Diet yang sihat akan membuatkan anda berasa lebih baik dan akan membantu bayi mendapatkan kesemua nutrien yang diperlukannya untuk membesar. Makan dengan kerap dalam kuantiti yang sedikit serta kerap meminum air boleh membantu menangani loya dan keletihan yang sedang anda alami sekarang.

Berbeza daripada apa yang sering anda dengar, anda tidak perlukan kalori tambahan dalam dua trimester yang pertama, jadi jangan fikir yang anda perlu makan untuk dua orang.

Fokus pada asid folik

Juga dikenali sebagai folat atau folasin, asid folik termasuk dalam salah satu kumpulan vitamin B. Ia penting semasa kehamilan kerana ia merupakan salah satu daripada beberapa nutrien yang diketahui boleh mengelakkan kecacatan kelahiran tiub neural seperti spina bifida. Badan anda juga memerlukannya untuk menghasilkan sel-sel darah merah serta norepinefrin dan serotonin (komponen kimia dalam sistem saraf anda). Ia membantu menghasilkan DNA (bahan genetik badan) yang mengnormalkan fungsi-fungsi otak dan merupakan satu komponan penting dalam cecair saraf tunjang.

Pakar mengesyorkan setiap wanita yang merancang untuk hamil atau dalam 12 minggu pertama kehamilan supaya mengambil 400 mikrogram asid folik sebagai makanan tambahan.

Selain daripada mengambil makanan tambahan, pakar juga mengesyorkan supaya diet anda mengandungi makanan yang kaya dengan folat. Berikut adalah beberapa resipi enak yang boleh memberi ilham kepada anda.







Makan tengah hari: sup brokoli dan kacang pis

Hidangan untuk empat orang

Sup brokoli merupakan hidangan makan tengah hari yang bagus kerana ia mudah dihadam dan kaya dengan folat. Hidangkannya dengan roti berkerak yang disapu dengan hummus rendah lemak untuk menjadikannya lebih berkhasiat. Resipi ini menggunakan susu soya yang diperkaya, maka ia sesuai untuk mereka yang vegetarian, tetapi anda boleh juga menggunakan susu lembu skim jika anda suka. Sup ini juga boleh disejuk-beku.

Bahan-bahan

2 sudu besar minyak zaitun atau minyak sesawi
1 biji bawang besar, dicincang kasar
500g brokoli, dicincang kasar
150g kacang pis beku
500ml susu soya diperkaya dan tanpa gula (atau susu lembu separa skim)
500ml stok sayuran
Lada hitam sebagai perasa

Cara-cara
Tumiskan bawang hingga lembut selama kira-kira 10 minit. Masukkan brokoli dan kacang pis dan masak selama beberapa minit sambil dikacau. Masukkan susu soya dan stok sayuran, dan biarkan sup mendidih. Kecilkan api, tutup periuk dan renih selama kira-kira 20 minit hingga brokoli lembut.

Tuang sup tadi ke dalam pemproses makanan atau pengisar, atau guna pengisar berbatang dan kisar hingga halus. Hidangkan segera.

Snek: oren dengan halwa halia dan kurma

Segarkan diri anda pada minggu-minggu pertama ini dengan oren segar. Oren mempunyai indeks glicemik (GI) yang rendah. Ini bermakna ia akan memecahkan glukosa dengan perlahan-lahan dan mantap, seterusnya membantu menstabilkan gula dalam darah anda.

Kupas sebiji oren dan hirisnya secara menegak. Susunkannya di atas pinggan. Cincang beberapa biji kurma dan taburkan di atas hirisan oren tadi. Kemudian taburkan pula halwa halia yang dicincang halus. Halia baik untuk menghilangkan loya dan menaikkan rasa buah oren.

Makan malam: kaserol daging dan kacang mata hitam (black eye beans)

Kacang mata hitam sangat tinggi kandungan folatnya dan merupakan sumber serat yang baik. Mencampurkannya dalam stew yang enak adalah cara yang mudah untuk memasukkan kekacang dalam diet anda. Resipi ini memberi hidangan untuk empat orang dan sesuai disejuk-beku.

Bahan-bahan

1 biji bawang besar, dicincang kasar
500g daging, dipotong kiub
1 tin besar (400g) kacang mata hitam, ditos dan dibilas
1 sudu besar paprika
2 sudu besar tomato sundried, ditos dan dicincang
1 sudu besar tepung gandum
400ml air
2 helai daun bay
Lada hitam

Cara-cara

Tumis bawang hingga kecoklatan. Tutup api dan masukkan bawang yang telah ditumis ke dalam bekas kaserol. Masukkan daging, kacang, paprika dan tomato. Taburkan tepung dan kacau.

Masukkan air dan daun bay, dan kacau. Tutup bekas dengan penutupnya atau dengan kerajang aluminium dan masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 160 darjah C. Bakar selama satu setengah jam sambil dikacau sekali-sekala.

Letakkan kentang jaket ke dalam ketuhar bersama-sama stew tadi, dan hidangkan dengan brokoli atau bayam kukus dan lobak merah atau jagung manis.


Moga dapat memberi semangat dan idea yang baru untuk bakal ibu-ibu semua...




Rakan Shaklee Anda


Nurul Azrin Binti Hashim
 SMS/WhatsApp/Wechat : 016-2253792
 Emel : puteri2485@gmail.com
 FB Page: Nurin Supplement
 FB Nu Rin

Read more...

Elak MORNING SICKNESS??




ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA..



Alahan yang melanda wanita hamil di awal usia kehamilan dikenali sebagai morning sickness...Bagaimanapun tidak bermakna alahan ini hanya datang pada waktu pagi sahaja.
Ada juga wanita yang mengalami morning sickness pada waktu malam bahkan ada juga yang terpaksa melaluinya sepanjang hari. Biasanya mabuk mengandung ini akan berakhir sebaik bakal ibu masuk ke usia trimester kedua.
Tetapi jangan terkejut kerana ada juga wanita hamil yang terpaksa menanggungnya sehingga ke saat melahirkan bayi. Pakar perubatan masih belum dapat mengenal pasti penyebab sebenar masalah ini.
Namun kebanyakan mengaitkan morning sickness dengan perubahan hormon estrogen yang meningkatkan fungsi deria bau sekali gus menimbulkan rasa mual dan loya.
Bagi mengatasi ketidakselesaan yang dialami, ikuti panduan berikut yang mungkin sedikit sebanyak membantu anda.
Langkah 1
Sekiranya mengalami morning sickness sebaik bangun daripada tidur, jangan terburu-buru untuk bangun. Cuba duduk terlebih dahulu kemudian bangun dan berdiri. Sediakan biskut rangup berhampiran tempat tidur kerana memakan biskut rangup membantu mengurangkan rasa loya.
Langkah 2
Setiap wanita hamil perlukan tambahan 300-500 kalori sehari. Bagi memenuhi keperluan ini, digalakkan makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap. Mengambil makanan yang banyak dalam satu hidangan hanya membuatkan anda mual.
Langkah 3
Elakkan makanan yang menimbulkan loya seperti berempah, berlemak, berminyak, pedas dan tinggi kandungan asid.
Langkah 4
Peppermintatau halia membantu mengurangkan morning sickness. Nikmati teh peppermint atau halia bahkan boleh mencuba biskut berasakan perasa itu. Ia meninggalkan kesan melegakan ke atas perut anda.
Langkah 5
Minum air dalam jumlah yang mencukupi bagi menghindarkan dehidrasi akibat terlalu kerap muntah. Elakkan minuman berkafein atau berkarbonat.
Langkah 6
Makan makanan tinggi protein sebelum tidur. Ia membantu meningkatkan paras gula dalam darah dan mengatasi rasa mual.
Langkah 7
Elakkan daripad amakan dan minum secara serentak. Makanan dan minuman yang bercampur di dalam perut secara tidak langsung meningkatkan rasa loya.
Langkah 8
Rehat seketika! Tenaga yang dicas semula ketika berehat dapat melegakan rasa loya yang dialami. Stres hanya akan menambahkan masalah loya yang dirasai.
Langkah 9
Vitamin B6 sangat efektif untuk mengurangkan rasa mual. Kajian yang dijalankan oleh penyelidik di barat mendapati wanita yang mengambil multivitamin khusus untuk wanita hamil sebelum mengandung boleh mengurangkan simptom morning sickness daripada lebih teruk.
Langkah 10
Kadang kala bau masakan boleh menyebabkan rasa loya. Jadi semasa memasak pastikan pengudaraan di kawasan dapur adalah baik bagi mengelakkan rasa loya dan mual.

Langkah 4 & 9 mengatakan peppermint,halia & vitamin B6 sangat efektif untuk menghilangkan rasa loya ketika mengandung. Jadi, pada mereka yang tak lalu nak makan peppermint atau halia yang betul boleh cuba Peppermint Ginger Plus & B Complex Shaklee. 


Peppermint ginger plus diperbuat daripada daun pudina,halia,pokok adas & cekur manis.  Fungsinya ialah untuk membantu dalam merawat/mencegah loya,gastrik,mabuk laut,sendawa atau penghadaman. B Complex mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B iaitu B1,B2,B3,B6,B12,asid folik,biotin & pantothenic acid. Asid folik sangat bagus untuk mengurangkan risiko melahirkan anak terencat akal atau masalah kecacatan saraf tunjang. 



Rakan Shaklee Anda


Nurul Azrin Binti Hashim
 SMS/WhatsApp/Wechat : 016-2253792
 Emel : puteri2485@gmail.com
 FB Page: Nurin Supplement
 FB Nu Rin
Read more...

Sunday 11 January 2015

Supplement TERBAIK untuk anak-anak..




ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA







Perlu ke vitamin untuk anak2 ni? Sejujurnya saya katakan, tidak perlu dengan syarat anak-anak tidak cerewet makan. Makan ikan, daging, telur, sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan hasil tenusu dengan lengkap seperti piramid makanan sesuai dengan keperluan hariannya dan betul cara penyediaannya.
Namun begitu, kebanyakkan kanak-kanak hari ni sangatlah memilih makanan... walaupun tidak semua begitu... Ada setengahnya hanya nak makan nasi + telur + kicap sahaja... Macam dalam iklan tv tu... anaknya hanya nak makan hotdog je... huhuhu... macam mana mereka nak dapat khasiat yang lain?

Di sinilah pentingnya pengambilan vitamin anak2... Kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan zat dan nutrien yang penting dalam pertumbuhannya. Contohnya protein untuk tumbesaran, kalsium untuk membentuk tulang dan gigi yang kuat dan sihat, DHA untuk perkembangan otak dan mcm2 lagi...


Tahukah anda???

Dari kelahiran hingga umur 3 tahun, perkembangan otak amat peka terhadap pemakanan bayi dan 75% daripada kapasiti otaknya berlaku dalam tempoh yang genting ini. Selepas umur dua tahun, pengambilan makanan berlemak seharusnya diambil dalam kuantiti sederhana rendah untuk mengelakkan penyakit jantung, kegemukan dan masalah kesihatan yang lain.

Pada umur lima tahun, 90% daripada perkembangan otak kanak-kanak telah lengkap.
Antara umur 11 dan 16 tahun, satu peningkatan yang besar dalam tumbesaran biasanya berlaku dengan peningkatan berat badan dan pertumbuhan otot yang ketara.

Jangan salah anggap ye... Tidak semestinya perlu semua ini... Ia boleh diambil mengikut kesesuaian peringkat umur dan keperluan setiap anak... Iaitu:


Kanak-kanak bawah 1 tahun – SUSU IBU.
Kanak-kanak 1-3 tahun – MEALSHAKE & OMEGAGUARD.
Kanak-kanak 4 tahun ke atas – MEALSHAKE/VITA-LEA FOR CHIDREN, OMEGAGUARD, CHEWABLE VITA-C.


Jom lihat apakah khasiat vitamin-vitamin berkenaan....
 
1. Meal Shakes


  • Minuman berperisa vanila yang lazat dan disukai anak-anak
  • Mengandungi 19 vitamin dan mineral penting
  • Rendah lemak dan rendah glisemik
  • Sumber protein dan kalsium
  • Sesuai untuk hidangan sarapan pagi dan sebelum tidur


APAKAH KHASIAT MEALSHAKE INI?

* Meningkatkan sistem imun anak.Jadi anak tidak mudah mendapat penyakit.jka sakit akan cepat sembuh.
* Meningkatkan selera makan anak.
* Memabantu mengurangkan masalah eczema
* Kulit tidak mudah lekat parut. Jika berparutakan cepat hilang.
* Membantu mengatasi masalah sembelit anak.
* Membantu mencantikkan tekstur kulit.
* Menjadikan anak lebih sihat,bertenaga dan aktif sepanjang hari..
* Mengatasi alahan semasa mengandung dan membuka selera bg ibu yang tiada selera makan.
* Bagi ibu yang menyusukan,mealshake juga membantu melancarkan penyusuan ibu....


Nota : Setiap bancuhan Shaklee Meal Shake memberikan satu pertiga daripada US RDA dengan 19 vitamin/ galian yang diperlukan bersama dengan protein, galian dan 3gm serat. Ia adalah pemakanan tambahan yang lengkap.


2. OmegaGuard


  • Penting bagi perkembangan dan fungsi otak
  • Meningkatkan sistem imunisasi
  • Menapis segala virus dan bacteria daripada badan.
  • Kanak-kanak yang mengambil Omega-3 sedari kecil dapat mengurangkan jangkitan pernafasan.



3. Chewable Vita-C @ 100mg


  • Menguatkan Fungsi Imunisasi. Tubuh badan anda boleh melakukan banyak perkara, tetapi ia tidak boleh membuat atau menyimpan vitamin C.
  • Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan
  • Membantu anda menjaga kesihatan gigi dan gusi serta struktur tulang. Ia sangat penting bagi gigi yang kuat dan gusi yang sihat
  • Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging
  • Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi serta juga struktur am tubuh badan



4. Vita-Lea® for Children Chewable


  • Menyediakan 19 vitamin dan mineral penting
  • Sumber kalsium untuk pembinaan tulang
  • Baik untuk kesihatan
  • Sumber harian tambahan bagi vitamin B



Anda berminat nak beri yang TERBAIK untuk anak-anak anda?? In Sha Allah, saya sedia membantu..





Rakan Shaklee Anda


Nurul Azrin Binti Hashim
 SMS/WhatsApp/Wechat : 016-2253792
 Emel : puteri2485@gmail.com
 FB Page: Nurin Supplement
 FB Nu Rin



Read more...

Vitalea Children Kembali Ke Pasaran !!




ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA




Sepanjang penglibatan saya, inilah kali pertama saya dapat melihat vitalea children ini. Kalau tak silap, hampir dua tahun produk ni  'hilang' daripada pasaran. Bukan hilang sebarang hilang, hilang sebab nak upgrade diri. Biasa kan tengok filem....hero/heroin tiba2 hilang, tup2 keluar...makin hensem. .makin cun...makin hebat gitu. Lepas tu semua pakat berebut !!!

Lebih kurang jugak lah dengan Vitalea for Childen ni. Sepanjang ke'hilang'an nya,  kami pengedar Shaklee biasa mencadangkan meal shakes sebagai ganti  multivitamin untuk  kanak-kanak.

Tapi, meal shakes ni jadi sedikit kekangan untuk kanak-kanak

· yang tak suka minum 'susu' ....walaupun meal shakes tu sangatlah sedap..perisa vanila..dan ada kanak2 yang boleh ratah macam tu je...selera masing-masing kan
· ibu bapa yang rasa leceh nak bancuh minuman atau sediakan makanan untuk anak-anak...

Jadi, dengan 'kehadiran semula' Vitalea for Children ni sangatlah dialu2 kan oleh  golongan di atas terutamanya.




VITALEA FOR CHILDREN ni ada 18 Vitamins dan Mineral yang  penting untuk pertumbuhan dan perkembangan anak-anak kita.

Yang penting, ianya diperbuat daripada BAHAN SEMULAJADI saja. Contohnya,  ia menggunakan PEMANIS SEMULAJADI iaitu XYLITOL. So elok untuk kesihatan   gigi tau..

Rasanya pula? Semestinya PERISA SEMULAJADI ANGGUR yang sedap!! Bukan  perisa sintetik yerr.. So ibu bapa jangan risauu... 





Err... Cuba bayangkan, anak-anak kita perlu makan sebanyak ini makanan untuk dapat khasiat Vitamins dan  Minerals yang sama jumlahnya dalam VITA-LEA FOR CHILDREN. 

Agak-agak cukup ke nutrisi yang kita bekalkan dalam makanan seharian anak-anak kita yer...



Alhamdulillah kini Set Supplement Kanak-kanak telah lengkap..Jadi jangan tunggu lagi, tambahan pula bulan ini ada offer buy 3 free 1..Anda berminat nak beri yang TERBAIK untuk anak-anak anda?? In Sha Allah, saya sedia membantu..




Rakan Shaklee Anda



Nurul Azrin Binti Hashim
 SMS/WhatsApp/Wechat : 016-2253792
 Emel : puteri2485@gmail.com
 FB Page: Nurin Supplement
 FB Nu Rin



Read more...

Sunday 4 January 2015

PROMOSI TERKINI



PROMOSI JANUARI, DARI ANAK KECIL HINGGA KE  WARGA EMAS, KAMI PRIHATIN DENGAN  KESIHATAN ANDA








Alhamdulillah, 2 bulan berturut-turut pihak Shaklee Products (M) Bhd berikan kita berita gembira.

Kalau bulan lepas, meriah dengan vitamin dan suplemen yang fokus            untuk kecantikan, kali ini (bulan ini) Shaklee bagi kegembiraan  untuk semua  golongan. Dari kanak-kanak sampailah golongan dewasa dan warga emas.


Jom, tanpa buang masa nak baca banyak-banyak. Saya terangkan tentang promosi Januari.



Vivix : Antara produk paling glamour dijadikan item promosi. Tentu  sekali kerana keberkesanan dan permintaan ramai terhadapnya  memaksa pihak Shaklee selalu pilih Vivix.

Banyak bukti dan testimoni daripada para pengguna Vivix     mengatakan  bahawa;

Paras bacaan gula dalam darah semakin turun ke paras normal
Rasa lebih bertenaga walaupun terlalu sibuk seharian dengan  pelbagai aktiviti
Bacaan tekanan darah menjadi normal
Ibu dan bapa yang biasanya tak dapat bergerak akibat komplikasi  strok, semakin sihat dan boleh bergerak sendiri

Alhamdulillah, semuanya atas keizinan ALLAH


Alfalfa Complex : Raja segala herba dan teman baik wanita ini pun  antara produk kegemaran ramai. Datang dalam 2 saiz yang berbeza,  yang pastinya saiz Large lebih menguntungkan para pengguna.

Antara testimoni paling kerap saya dengar daripada para pelanggan kami adalah;

masalah penyusuan merudum dan stok susu tinggal nyawa-nyawa ikan hampir selesai setelah mengambil Afalfa sebagai     milk-booster
masalah sembelit selesai dan pengguna lawas membuang sisa-sisa setiap hari tanpa gagal.
masalah muka penuh jerawat juga selesai setelah melakukan    detoks  dengan Alfalfa
masalah suami isteri dingin juga selesai setelah si isteri makan  jamu moden 'perapat' ini

Banyak lagi kalau saya nak senaraikan dekat sini.

Bagi kedua-dua produk, ada pilihan untuk anda.

1) Beli 6 Percuma 1 atau
2) Beli 2 dengan penjimatan 5% (Twin Pack)
(rujuk poster)






Kelebihan membeli Set Promosi Vivix, sama ada anda ambil    TwinPack atau Beli 6, anda akan dapat KEAHLIAN PERCUMA! 

Bukan itu sahaja, anda akan turut mendapat 'cash rebate' pada  bulan Febnanti.




Dan yang terakhir

Vitalea For Kids : Kini kembali setelah hampir setahun ianya dihentikan
 jualan. Kini dengan formula baru yang diperkaya dengan pelbagai bahan-bahan untuk menyokong pembesaran dan kesihatan kanak-kanak.

Beli 3 botol Percuma 1 botol.

Kalau anda mempunyai lebih dari seorang anak, inilah masa terbaik untuk memborong set Vitalea For Kids ini.  Jangan sampai mereka 
berebut-rebut tak cukup vitamin.






Nantikan entry seterusnya tentang Vitalea For Children ini. Banyak updates yang perlu saya sampaikan pada semua pembaca terutama sekali anda yang bergelar ibu bapa kepada anak-anak yang sedang aktif membesar.

Jika anda dah teruja nak grab semua item promosi ni, boleh hubungi saya yea..

Rakan Shaklee Anda


Nurul Azrin Binti Hashim
SMS/WhatsApp/Wechat : 016-2253792
 Emel : puteri2485@gmail.com
FB Page: Nurin Supplement
FB Nu Rin

Read more...

Saturday 3 January 2015

Cara Pembelian



Anda boleh Call/SMS/Whatsapp/ WeChat ke 016-2253792 untuk tahu detail lebih lanjut mengenai produk yang ingin dibeli.

Kemudian anda boleh membuat pembayaran melalui:

Maybank: 105130145770 (NURUL AZRIN BINTI HASHIM)

Setelah pembayaran dibuat, sila maklumkan kepada saya maklumat di bawah untuk tujuan pengeposan :

1. Nama
2. Alamat
3. No. Tel
4. Tarikh & Masa
5. Bukti Pembayaran


Read more...

Produk Shaklee

Lihat Promosi Produk Shaklee di link berikut (klik nama product):


  1. VIVIX SHAKLE
  2. VITAMIN E
  3. OSTEMATRIX
  4. OMEGA GUARD
  5. ESP
  6. COLLAGEN POWDER
  7. GARLIC
  8. VITAMIN C


----------------------------------------------------------------------------------------
Berminat untuk mencuba set Shaklee di Malaysia ini
Sila hubungi saya segera :

Perunding Vitamin Anda : NURUL AZRIN BINTI HASHIM
Pengedar Sah Shaklee Kawasan Malim, Krubong, Durian Tunggal, Cheng - Melaka
Shaklee ID [ No : 931306 ]
Fon : 016-2253792
Facebook : https://www.facebook.com/nu.rin.52
Email : puteri2485@gmail.com
Saya merupakan Pengedar Sah Shaklee dengan ID 931306 .
Anda boleh dapatkan produk Shakle dari saya
----------------------------------------------------------------------------------------Vitamin E
Read more...
 

Penafian

Segala maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah berkaitan produk kesihatan Shaklee. Ia bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sekiranya anda menghidap sebarang penyakit sila dapatkan khidmat nasihat dan rawatan daripada doktor dan pakar pemakanan anda.

Sijil Halal Shaklee

Total Pageviews