Ads 468x60px

Monday 8 May 2017

Apakah faedah penyusuan badan?


Susu ibu membekalkan segala yang diperlukan oleh bayi anda untuk berkembang maju selama enam bulan pertama hidupnya.


Menyusukan bayi anda memberi banyak faedah. Berikut adalah di antaranya:


  • Ia mengurangkan risiko bayi mengalami sindrom kematian bayi mengejut (SIDS).

  • Ia membantu bayi anda melawan jangkitan dan membentuk bakteria baik dalam sistem pencernaannya. Bayi anda mendapat kesemua nutrien yang diperlukan untuk membesar dengan baik daripada susu anda, disamping mendapat perlindungan daripada bakteria berbahaya.

  • Susu ibu mengandungi antibodi daripada badan anda yang membantu melindungi bayi anda daripada sakit perut (gastroenteritis), selesema, jangkitan dada dan jangkitan telinga.

  • Ia membantu membentuk ikatan rapat di antara ibu dan anak, dan dapat membantu mengelakkan kemurungan selepas bersalin (meroyan).

  • Ia mempersiap-sediakan bayi anda merasa pelbagai rasa yang berbeza. Berbanding dengan susu formula, susu ibu mempunyai rasa berbeza, bergantung kepada apa yang anda makan. Dengan ini, bayi anda akan kurang cerewet dalam memilih makanan apabila dia sudah bercerai susu kelak.

  • Apabila bayi anda sudah besar sedikit, penyusuan badan menjadi satu cara untuk menenangkan bayi jika dia tidak sihat dan tidak lalu makan. Susu ibu juga membantu bayi sembuh daripada penyakit dengan lebih cepat. Apabila bayi anda sudah mula makan makanan pejal, anda masih boleh meneruskan penyusuan badan.


Selain antibodi dalam susu anda, badan anda berfungsi menghasilkan antibodi-antibodi baru sebaik saja anda terdedah kepada jangkitan. Bayi anda mungkin terkena jangkitan, dan sebaik sahaja anda sendiri dijangkiti, badan anda segera bekerja untuk menghasilkan antibodi. Antibodi ini seterusnya dipindahkan ke dalam susu anda, sedia untuk diterima bayi sebaik saja dia menyusu.



Jika anda menyusukan bayi anda secara eksklusif selama enam bulan yang pertama, dalam jangka masa setahun hidupnya bayi anda kurang berkemungkinan terkena jangkitan, dan sembuh lebih cepat jika sakit. Oleh itu, anda mungkin mahu berfikir panjang jika hendak menghentikan penyusuan badan atau menggabungkannya dengan susu formula.

Susu ibu juga mengurangkan risiko bayi mendapat masalah nafas berdehit dalam zaman awal kanak-kanaknya dan ekzema yang teruk. Malah ia juga membantu mengelakkan bayi mendapat penyakit serius seperti leukimia, serta membantu bayi membesar dengan berat badan yang sihat. Ini seterusnya membantu anak mengelakkan penyakit berkaitan berat badan seperti kencing manis jenis ke-2 apabila dia lebih besar. 
  
Susu ibu mempunyai rantai ganda asid lemak politaktepu, yang penting untuk membantu perkembangan otak bayi. 

Penyusuan badan juga merupakan pilihan yang paling sihat bagi anda. Ia membantu anda mengurangkan berat badan dan mengekalkannya di kemudian hari. Ia mengurangkan risiko anda mendapat kencing manis jenis ke-2, kanser payudara pra-menopaus dan kanser ovari. Untuk satu jangka masa, penyuan badan juga menghentikan sementara ovulasi, maka anda bebas daripada haid untuk tempoh tertentu.

Dari sudut praktikal, satu faedah besar penyusuan badan ialah ianya sangat mudah diurus. Tiada apa untuk dicuci, disteril atau disediakan. 

Anda dan bayi anda akan gembira melakukannya, dan anda akan merasakan satu kepuasan melihat dia membesar dan berkembang. Dan semua itu disebabkan usaha anda! 

Rakan Shaklee Anda

Nurul Azrin Binti Hashim
 SMS/WhatsApp/Wechat : 016-2253792
 Emel : puteri2485@gmail.com
 FB Page: Nurin Supplement
 FB Nu Rin
  

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
  

Pick Up/COD Area:

MELAKA‪‎ : Malim,cheng, durian tunggal,  krubong, sungai udang, paya rumput & kawasan sekitarnya.  



Read more...

Sunday 7 May 2017


Bolehkan menyusukan anak ketika ibu demam?



Susu ibu merupakan diet yang terbaik untuk seorang bayi yang baru dilahirkan. Susu ibu membawa manfaat kepada kedua-dua ibu dan anaknya. Ia mengandungi nutrisi yang lengkap dan merupakan antibodi semulajadi untuk bayi. Akan tetapi, adakalanya si ibu perlu mengambil ubat untuk keadaan-keadaan tertentu. Ini membawa kebimbangan kepada ibu kerana ubat yang diambilnya dikhuatiri membawa kesan kepada bayi melalui susu .
Ramai ibu dinasihati untuk berhenti menyusukan susu ibu atau mengelak pengambilan ubat kerana bimbang ubat tersebut akan membawa kesan sampingan kepada bayi. Nasihat seperti ini selalunya bukan berdasarkan bukti bahawa ubat tersebut adalah merbahaya tetapi ia lebih kepada faktor tidak mempunyai maklumat terperinci mengenai ubat tersebut; atau maklumat yang ada hanya terhad kepada ujian terhadap haiwan sahaja. Memang benar, kebanyakan ubat secara umumnya akan memasuki susu tetapi dalam kandungan yang sangat sedikit (kurang daripada 1%). Kehadiran ubat dalam susu tidak bermaksud akan membawa apa-apa kesan kepada bayi ataupun sebaliknya.
Sebenarnya terdapat banyak faktor yang perlu dipertimbangkan bagi menentukan sama ada penyusuan susu ibu dikala mengambil ubat adalah selamat bagi bayi. Pertama sekali adalah sifat kimia dan farmakologi ubat tersebut seperti saiz molekulnya, tahap kelarutan dalam lemak, tahap penyerapan ke dalam badan dan sebagainya. Sifat-sifat ini akan mempengaruhi tahap kandungan ubat dalam badan bayi. Profil kesan advers ubat tersebut juga merupakan salah satu faktor yang penting kerana alahan kepada ubat tidak bergantung kepada tahap kandungan ubat. Bukan itu sahaja, kandungan ubat yang sama juga memberikan kesan yang berbeza terhadap bayi yang lahir cukup umur atau dilahirkan pra-matang. Ubat yang diambil untuk jangkamasa yang panjang atau pendek juga perlu diambil kira.

Bolehkah ibu terus menyusukan susu ibu jika mengambil ubat?
Oleh sebab faktor-faktor di atas, jawapannya bergantung kepada jenis ubat yang diambil. Bagi kebanyakan ubat, jawapannya adalah ya. Ibu boleh terus menyusukan anak walaupun sedang mengambil ubat. Hanya segelintir ubat sahaja yang langsung tidak boleh diambil semasa menyusukan susu ibu (kontraindikasi). Contoh ubat tersebut adalah ubat-ubat sitotoksik, ubat radioaktif, dadah rekreasi dan ubat yang menghentikan laktasi.

Bagaimana untuk mengurangkan kandungan ubat dan kesan kepada anak tersayang?
Secara umumnya, langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan pemindahan ubat kepada bayi termasuk:
  • Menggunakan ubat yang mempunyai tahap penyerapan ke dalam darah yang rendah seperti memakai ubat semburan hidung untuk rawatan hidung tersumbat.
  • Dos efektif yang paling rendah
  • Menyusu semasa kandungan ubat dalam susu adalah paling minima seperti mengambil ubat sejurus selepas menyusukan bayi, atau sebelum masa tidur bayi yang paling lama.
  • Memerah dan membuang susu sepanjang rawatan jikalau rawatan ubat hanya untuk jangkamasa yang pendek. Ibu boleh memberi bekalan susu simpanan (jika ada) dalam jangkamasa rawatan.

Apakah ubat-ubat lazim yang selamat untuk diambil?
Secara lazimnya, jikalau ubat tersebut mempunyai formulasi untuk kanak-kanak, ubat itu dikira selamat untuk diambil semasa menyusukan anak. Ubat-ubat lain adalah seperti:
  • Ubat tahan sakit/demam: paracetamol adalah ubat tahan sakit/demam yang paling selamat digunakan. Ibuprofen juga boleh digunakan jika paracetamol tidak sesuai. Aspirin dos tinggi adalah tidak digalakkan kerana mempunyai risiko untuk bayi mendapat Reye’s syndrome. Sekiranya dos rendah aspirin diambil untuk tujuan antiplatelet (75-150mg), elakkan menyusu anak (direct latch) 1-2 jam selepas mengambil aspirin.
  • Ubat batuk dan selsema: antihistamin yang disyorkan adalah jenis yang tidak mengantuk iaitu loratadine. Jika perlu mengambil chlorpheniramine atau diphenhydramine (antihistamin jenis mengantuk), satu dos sebelum tidur mungkin memadai dan boleh meminimakan kesan ubat terhadap bayi. Kombinasi antihistamin dengan pseudoephedrine adalah tidak digalakkan kerana boleh mengganggu bekalan susu.
  • Antibiotik: Secara umumnya, antibiotik mempunyai potensi untuk mengubah kandungan flora dalam usus bayi dan mungkin boleh menyebabkan cirit-birit dan jangkitan kulat. Antibiotik dalam kumpulan penicillin, cephalosporin dan macrolide adalah dianggap selamat untuk ibu menyusu dan bayi. Jikalau ibu mempunyai bekalan susu yang banyak, ibu boleh memberikan anak bekalan susu simpanan tersebut sepanjang rawatan antibiotik.

Akhir kata, sekiranya ibu tidak sihat dan memerlukan rawatan, adalah wajar untuk memberitahu doktor bahawa ibu masih menyusukan anak supaya doktor boleh memberikan ubat yang paling sesuai. Sekiranya ingin mendapat maklumat daripada internet, pastikan maklumat di laman sesawang adalah daripada sumber yang sah. Bukan semua maklumat yang didapati daripada internet boleh dipercayai. Jika ragu tentang kesan ubat, boleh berjumpa dengan doktor atau ahli farmasi untuk memahami dengan lebih mendalam setiap ubat yang diambil.

                                            Rakan Shaklee Anda

Nurul Azrin Binti Hashim
 SMS/WhatsApp/Wechat : 016-2253792
 Emel : puteri2485@gmail.com
 FB Page: Nurin Supplement
 FB Nu Rin
  


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
  
Pick Up/COD Area:

MELAKA‪‎ : Malim,cheng, durian tunggal,  krubong, sungai udang, paya rumput & kawasan sekitarnya. 

Read more...
 

Penafian

Segala maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah berkaitan produk kesihatan Shaklee. Ia bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sekiranya anda menghidap sebarang penyakit sila dapatkan khidmat nasihat dan rawatan daripada doktor dan pakar pemakanan anda.

Sijil Halal Shaklee

Total Pageviews