Ads 468x60px

Tuesday 16 December 2014

5 Tanda-tanda bayi kenyang menyusu badan..





Kadang kala ibu tidak tahu sama ada bayinya akan mendapat susu yang secukupnya atau tidak. Setiap kali bayi menangis je, kita beri susu badan. Kesannya bayi terlalu kenyang, lalu muntahkan semula susunya walaupon mulut tetap menyusu bila disuakan.

Okey, dalam masa beberapa minggu pertama, anda mungkin tertanya-tanya , bagaimana caranya kita ingin mengenal pasti jika bayi mendapat susu yang secukupnya? Terutamanya jika dia mahu menyusu setiap masa atua ternampak tidak puas selepas menyusu. Apabila telah lepas satu atau dua hari pertama, bayi anda akan selalu berasa lapar. Kemungkinannya memang dia lapar, sebab susu badan selesai dicernakan dalam dua jam selepas dia menyusu.

Kebanyakkan bayi yang baru lahir akan menyusu 8-15x sehari pada tiga atau empat hari pertama kehidupannya. Ramai bayi yang masih menyusu 10-12x sehari selepas minggu pertama. Bayi akan terus menyusu begini sehingga satu minggu lagi sebelum mengurangkan penyusuan ke 8-10x sehari.

Tetapi apa yang membimbangkan berat badan bayi tidak meyakinkan kita kerana 5-10% berat yang baru lahir akan selalu turun dalam minggu pertama atau seterusnya. Selepas minggu tersebut, berat bayi anda akan naik semula, selalunya hari ke 10 hingga ke 14.

Jadi ibu perlu tahu apa tanda-tanda yang boleh menunjukkan bayi kita sudah cukup menyusu atau tidak...


  • Tidur lena dan tidak tergangu dengan bunyi bising di sekeliling
  • Bila terjaga atau bangun tidur bayi akan kelihatan cergas dan tidak merenggek-rengek minta disuakan
  • Bayi akan buang air kecil sekurang-kurangnya 6 kali sehari atau kerap.
  • Najis bayi berwarna kuning dan lembut dan buang air besar antara 2-5 kali sehari.
  • Berat badan bayi akan meningkat secara konsisten. Ini kita boleh tahu melalui pemeriksaan berkala setiap kali ke klinik untuk pemeriksaan.

Senangkan? Selalunya jika bayi asyik merengek dan sekejap-sekejap terjaga, itu tandanya bayi tidak kenyang dan kita perlu perhatikan samada perut bayi kosong dan tidak masuk angin.

Periksa dan tepuk-tepuk perut bayi untuk mengetahui jika perutnya kosong dan kembung. Sapukan minyak panas bayi untuk melegakannya. Susukan bayi setiap kali diminta kerana jika bayi benar-benar kenyang, 5 tanda-tanda di atas akan kita sedar.


    • Untuk menghisap dengan berkesan, bayi perlu memasukkan sebahagian besar dari areola dan puting ke dalam mulutnya. Rerongga susu yang perlu diperah/ ditekan untuk mengeluarkan susu terletak di bawah areola. Gusi bayi sepatutnya melepasi puting sejauh 1 inci ke bahagian areola. Pastika puting terletak di tengah-tengah mulut bayi dan di atas lidahnya. Bayi hendakla dirapatkan ke badan ibu sehinggan di tengah-tengah hidungya menyentuh payudara. Jika hidungya terhalang oleh payudara untuk bernafas, perbetulkannya dengan mengangkat payudara sedikti atau menarik bayi lebih rapat ke badan ibu.

    • Jika bayi anda tertidur ketika menyusu, anda perlu menamatkan penyusuan sebelum bayi anda berhenti, leraikannya dengan memasukkan jari ke dalam mulut bayi ketika bibirnya masih melekap pada payudara anda. Gunakan jari untuk meleraikan mulut bayi. Jangan sekali-kali menarik puting anda tanpa meleraikan hisapannya.




Rakan Shaklee Anda


Nurul Azrin Binti Hashim
♥ SMS/WhatsApp/Wechat : 016-2253792
 Emel : puteri2485@gmail.com
♥ FB Page: Nurin Supplement
♥ FB : https://www.facebook.com/nu.rin.52
  
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

Pick Up/COD Area:
‪‎Malim,cheng,durian tunggal,krubong,sungai udang

Penghantaran seluruh Malaysia

Dapatkan pelbagai supplement hebat Shaklee anda sekarang!




1 comments:

  1. Wahh thanks for the tips.. cara nie sama juga kahr dgn kanak-kanak yg berumur 3 tahun ke atas?

    ReplyDelete

 

Penafian

Segala maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah berkaitan produk kesihatan Shaklee. Ia bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sekiranya anda menghidap sebarang penyakit sila dapatkan khidmat nasihat dan rawatan daripada doktor dan pakar pemakanan anda.

Sijil Halal Shaklee

Total Pageviews