Ads 468x60px

Monday 8 May 2017

Apakah faedah penyusuan badan?


Susu ibu membekalkan segala yang diperlukan oleh bayi anda untuk berkembang maju selama enam bulan pertama hidupnya.


Menyusukan bayi anda memberi banyak faedah. Berikut adalah di antaranya:


  • Ia mengurangkan risiko bayi mengalami sindrom kematian bayi mengejut (SIDS).

  • Ia membantu bayi anda melawan jangkitan dan membentuk bakteria baik dalam sistem pencernaannya. Bayi anda mendapat kesemua nutrien yang diperlukan untuk membesar dengan baik daripada susu anda, disamping mendapat perlindungan daripada bakteria berbahaya.

  • Susu ibu mengandungi antibodi daripada badan anda yang membantu melindungi bayi anda daripada sakit perut (gastroenteritis), selesema, jangkitan dada dan jangkitan telinga.

  • Ia membantu membentuk ikatan rapat di antara ibu dan anak, dan dapat membantu mengelakkan kemurungan selepas bersalin (meroyan).

  • Ia mempersiap-sediakan bayi anda merasa pelbagai rasa yang berbeza. Berbanding dengan susu formula, susu ibu mempunyai rasa berbeza, bergantung kepada apa yang anda makan. Dengan ini, bayi anda akan kurang cerewet dalam memilih makanan apabila dia sudah bercerai susu kelak.

  • Apabila bayi anda sudah besar sedikit, penyusuan badan menjadi satu cara untuk menenangkan bayi jika dia tidak sihat dan tidak lalu makan. Susu ibu juga membantu bayi sembuh daripada penyakit dengan lebih cepat. Apabila bayi anda sudah mula makan makanan pejal, anda masih boleh meneruskan penyusuan badan.


Selain antibodi dalam susu anda, badan anda berfungsi menghasilkan antibodi-antibodi baru sebaik saja anda terdedah kepada jangkitan. Bayi anda mungkin terkena jangkitan, dan sebaik sahaja anda sendiri dijangkiti, badan anda segera bekerja untuk menghasilkan antibodi. Antibodi ini seterusnya dipindahkan ke dalam susu anda, sedia untuk diterima bayi sebaik saja dia menyusu.



Jika anda menyusukan bayi anda secara eksklusif selama enam bulan yang pertama, dalam jangka masa setahun hidupnya bayi anda kurang berkemungkinan terkena jangkitan, dan sembuh lebih cepat jika sakit. Oleh itu, anda mungkin mahu berfikir panjang jika hendak menghentikan penyusuan badan atau menggabungkannya dengan susu formula.

Susu ibu juga mengurangkan risiko bayi mendapat masalah nafas berdehit dalam zaman awal kanak-kanaknya dan ekzema yang teruk. Malah ia juga membantu mengelakkan bayi mendapat penyakit serius seperti leukimia, serta membantu bayi membesar dengan berat badan yang sihat. Ini seterusnya membantu anak mengelakkan penyakit berkaitan berat badan seperti kencing manis jenis ke-2 apabila dia lebih besar. 
  
Susu ibu mempunyai rantai ganda asid lemak politaktepu, yang penting untuk membantu perkembangan otak bayi. 

Penyusuan badan juga merupakan pilihan yang paling sihat bagi anda. Ia membantu anda mengurangkan berat badan dan mengekalkannya di kemudian hari. Ia mengurangkan risiko anda mendapat kencing manis jenis ke-2, kanser payudara pra-menopaus dan kanser ovari. Untuk satu jangka masa, penyuan badan juga menghentikan sementara ovulasi, maka anda bebas daripada haid untuk tempoh tertentu.

Dari sudut praktikal, satu faedah besar penyusuan badan ialah ianya sangat mudah diurus. Tiada apa untuk dicuci, disteril atau disediakan. 

Anda dan bayi anda akan gembira melakukannya, dan anda akan merasakan satu kepuasan melihat dia membesar dan berkembang. Dan semua itu disebabkan usaha anda! 

Rakan Shaklee Anda

Nurul Azrin Binti Hashim
 SMS/WhatsApp/Wechat : 016-2253792
 Emel : puteri2485@gmail.com
 FB Page: Nurin Supplement
 FB Nu Rin
  

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
  

Pick Up/COD Area:

MELAKA‪‎ : Malim,cheng, durian tunggal,  krubong, sungai udang, paya rumput & kawasan sekitarnya.  



2 comments:

  1. Air Susu Ibu sangat bermanfaat untuk tumbuh kembang anak, sang ibu tentu harus mensuplai makanan dirinya dengan mengkonsumsi hidangan yang lezat dan bergizi tinggi dan bisa ditambahkan dengan suplemen.

    ReplyDelete
  2. Salam singgah dan follow :)

    http://www.akuseorangtraveler.com/

    ReplyDelete

 

Penafian

Segala maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah berkaitan produk kesihatan Shaklee. Ia bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sekiranya anda menghidap sebarang penyakit sila dapatkan khidmat nasihat dan rawatan daripada doktor dan pakar pemakanan anda.

Sijil Halal Shaklee

Total Pageviews