Ads 468x60px

Thursday 7 November 2013

Tips baby pintar



Cara rangsang minda anak kecil:

Pakar perkembangan bayi percaya tahun pertama kehidupan bayi adalah tempoh utama berlakunya proses pembelajaran...tidak perlu muzik klasik, alat pembelajaran bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak...alat pembelajaran terbaik baginya ialah individu di sekelilingnye.


Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama antara interaksi harian yang lebih penting.

Di bawah ni ada cadangan aktiviti menarik yang boleh dibuat bersama dengan anak-anak:

• bertentang mata 
ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya...bayi kecil dapat mengenal wajah pada awal usia malah setiap kali dia merenung individu di hadapannya, dia sedang membina memorinya.

• bercakap-cakap dengannya
walaupun reaksi yang di berikan berupa keliru ataupun hairan, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi...lama2 dia akan dapat menangkap rentak perbualan dan mengisi ruang kosong yang dibiarkan senyap itu.

• susu badan
jika boleh, beri susu badan dan lakukan selama mana yang anda boleh...berdasarkan fakta, kanak-kanak yang diberi susu badan mempunyai tahap kecerdasan tinggi...tambahan pula, susuan badan dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya.

• jelirkan lidah
kajian menunjukkan bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah...ia menandakan kaedah penyelesaian masalah pada awal usia.

• hasilkan buku binatang
sekiranya melawat zoo, ambillah gambar haiwan kesukaannya untuk dijadikan album...kemudian, baca buku itu bersama si kecil sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi dan cerita haiwan.

• geletek si bayi pada keseluruhan tubuhnya
ketawa adalah langkah pertama dalam perkembangan humor bayi...per mainan seperti ‘cak cekur’ dan ‘labah-labah panjat perigi’ dapat mengajar anak menjangka apa yang bakal berlaku.

• tunjukkan perbezaan 
pegang dua keping gambar beberapa meter dari muka si kecil...gambar itu seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin satu ada pokok dan satu lagi tiada)...bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya... ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar nanti.

• berkongsi pandangan
bawa bayi berjalan-jalan dan beritahu semua perkara yang dilihat padanya...cara itu boleh menyediakan bayi dengan sebanyak mungkin perbenda haraan kata.

• nyanyikan lagu untuknya
kajian menunjukkan mem pelajari ritma muzik ada kaitan dengan pembelajaran matematik.

• gunakan masa menukar lampin sepenuhnya
gunakan waktu itu untuk mengajar bahagian badan atau pakaian.

• beri kata kunci 
jika anda berkata; “Mak nak buka lampu ni,” sebelum menekan suis, si kecil itu diajar sebab dan akibat sesuatu perkara.

• beri kejutan 
sesekali, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan sambil melihat reaksinya.

• sediakan banyak tisu 
jika bayi suka bermain dengan tisu, biarkan...dengan hanya beberapa sen, ia boleh dijadikan alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok...sorokkan mainan kecil pada bawah tisu dan biarkan dia mencari.

• baca buku berulang kali
saintis mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan serta mem bantunya mempelajari bahasa.

• main sorok-sorok yang boleh membuatkannya ketawa 
bayi belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.

• main dengan warna 
pilih satu warna dan suruh si bayi cari objek lain yang sama warna sewaktu berjalan atau menaiki kereta bersama...kemudian, suruh dia memilih warna untuk anda pula mencarinya.

• biarkan dia bermain dengan makanannya 
apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur berbeza termasuk kacang pis dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar...dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

• jangan lupa rehat 
luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk atas lantai bersama bayi tanpa muzik, cahaya terang serta mainan...biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.

Selamat Mencuba. :)

0 comments:

Post a Comment

 

Penafian

Segala maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah berkaitan produk kesihatan Shaklee. Ia bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sekiranya anda menghidap sebarang penyakit sila dapatkan khidmat nasihat dan rawatan daripada doktor dan pakar pemakanan anda.

Sijil Halal Shaklee

Total Pageviews