Ads 468x60px

Tuesday 29 October 2013

Tips mencegah rahim dari jatuh

PUNCA-PUNCA Peranakan atau Rahim boleh jatuh :


  • Sebab kemalangan yang kuat, contohnya jatuh terhentak atau terduduk yang kuat. Sebab tu kena elakkan dan berhati-hati semasa buat apa-apa aktiviti lasak.
  • Seks yang keterlaluan. Yang ni buat aksi-aksi melampau sangat memang boleh bagi kesan pada rahim.
  • Mengangkat benda-benda berat. Contohnya kotak-kotak yang besar.
  • Jalan terlalu lasak.
  • Tidak menjaga pantang ketika lepas bersalin.
  • Tidak menjaga pemakanan.


Tanda-tanda Peranakan Jatuh :


  • Sakit perut yang luar biasa.
  • Keluar cecair dari rahim.
  • Keputihan/lendir putih yang banyak dari kebiasaan.
  • Sakit pada ari-ari.
  • Sakit pada dinding faraj.
  • Sakit ketika 'bersama' suami.
  • Kejang pada bahagian bawah perut.
  • Terasa seperti mahu bersalin/macam ada benda nak kuar dari faraj.. (ini peringkat yang teruk).



Antara tips mencegah rahim dari jatuh:

* Elakkan berdiri terlalu lama. Ambil masa untuk duduk seketika dan melunjurkan kaki ke atas bangku. Ini selalu berlaku pada jururawat, guru, doktor dan juga mereka yang selalu ke kawasan kerja seperti jurutera

* Melakukan senaman pelvik adalah amat penting walaupun di zaman bujang lagi. Ia menguatkan otot-otot dalaman, membantu mempercepatkan proses pemulihan pascasurgeri, mendapatkan semula rasa mengawal kencing dan mengurangkan sakit belakang

* Amalkan pemakanan yang betul bagi mengelakkan sembelit kronik. Banyakkan makan sayur-sayuran, buah- buahan dan bijirin/bran. Elakkan dari meneran di bilik air lebih 15 minit. Puas atau tidak, sila keluar dari bilik air

* Memakai girdle/sut pelangsingan badan yang sesuai boleh membantu tetapi bukan korset yang amat ketat

* Jangan merokok dan jauhkan diri daripada perokok bagi menghindari batuk yang kronik

* Elakkan mengandung yang kerap dan rapat. Cubalah kaedah-kaedah perancang keluarga yang mempunyai peratus kejayaan tinggi

0 comments:

Post a Comment

 

Penafian

Segala maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah berkaitan produk kesihatan Shaklee. Ia bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sekiranya anda menghidap sebarang penyakit sila dapatkan khidmat nasihat dan rawatan daripada doktor dan pakar pemakanan anda.

Sijil Halal Shaklee

Total Pageviews