Ads 468x60px

Sunday 23 October 2016

Jaundis vs Demam Kuning ?




Apakah perbezaan Jaundice dengan Demam Kuning:

Jaundice ini terhasil apabila bilirubin terlalu banyak dalam darah. Bilirubin yang berwarna kuning/oren ini terhasil apabila sel darah merah yang dah tua dipecahkan dan hendak disingkirkan dari badan. Hati adalah organ yang berperanan untuk memproses dan membuang bilirubin dari darah. Hati baby pula belum cukup matang untuk membuang bilirubin yang terlalu banyak. Maka terjadilah warna kuning pada kulit dan mata baby.

Demam kuning pula adalah demam yang disebabkan oleh sejenis virus yang dibawa oleh seekor nyamuk yang telah dijangkiti dengn virus ini. Demam ini boleh merosakkan fungsi hati dan boleh menyebabkan jaundice yang sangat teruk.

Tapi dalam masyarakat kita ni dah biasa kalau baby kena jaundice je terus cakap baby demam kuning. Tak kisahlah, asalkan kita tahu apa yang sebenarnya.

Apakah mitos tentang jaundice ni yang sering kita dengar:


  1. Jangan pakaikan anak baju kuning, nanti jaundice makin teruk.

  • Tiada bukti saintifik yang mengatakan warna pada baju akan mempengaruhi warna kulit baby.
      2. Jaundice ni menunjukkan baby tak sesuai dengan susu ibu, bagi susu formula je.


  • Seperti yang kita sedia maklum, susu ibu Allah ciptakan yang terbaik. Allah hantarkan baby kepada ibu beserta bekalan untuknya. “Human’s Milk For Human”

      3.  Photo therapy tu kita boleh buat sendiri di rumah. Pakai lampu biasa je.

  • Ia tidak benar sama sekali. Photo therapy membantu memecahkan bilirubin yang berlebihan dalam darah baby sehingga hati baby mampu untuk melakukannya sendiri, sedangkan lampu biasa di rumah tidak boleh melakukannya. Photo therapy berfungsi dengan menggunakan cahaya yang mempunyai gelombang yang tertentu dan mata baby kita akan ditutup untuk mengelakkannya terdedah kepada cahaya tersebut. Lampu biasa di rumah bukan menyembuhkan baby tapi ia boleh membuatkan baby kita demam atau kesejukan akibat terdedah kepada persekitaran yang sejuk.

  1.  Bagi baby makan anggur hitam, susu kambing dan sebagainya la untuk cepat sembuh. Bukan  banyak,2/3 titik je.


  • 2, 3 titik bagi bayi yang baru dilahirkan yang ususnya belum matang, yang hanya boleh minum susu ibu tu adalah sangat besar kesannya. Untuk mendapatkan khasiat ini, ibu boleh makan dan minum dan menyusukan baby. Khasiat yang sama akan diperolehi oleh baby.

Petua merawat baby jaundice:

♥ Ibu yang menyusu hendaklah minum susu kambing dan juga madu. Susu ibu yang mengandungi khasiat susu kambing dan madu ini dikatakan dapat merawat baby jaundice.
♥ Ibu menyusu perlu kurangkan pengambilan kunyit, lada hitam, halia, bawang putih, rempah-ratus, jamu-jamuan kerana bahan ini bersifat panas.
♥ Mandikan baby dengan air daun belimbing buluh sehingga jaundice hilang.
♥ Kenakan baby pada cahaya matahari pagi. Tapi jangan secara langsung, ozon kita dah menipis sekarang ni, dapat penyakit lain pula nanti. Memadai buka tingkap dan kenakan baby pada cahaya yang samar-samar itu antara pukul 8.30 pagi sehingga 9.30 pagi.
♥ Perahkan sengkuang cina, ambil airnya dan ibu minum supaya khasiatnya dapat kepada anak
♥ Ambil beberapa batang pokok dukung anak, rebuskan. Mandikan baby dengan air rebusan ini apabila dah agak suam 2 kali sehari. Buat sehingga jaundice hilang.

Semua petua ini hanyalah usaha kita untuk memulihkan baby. Yang penting ibu jangan stress. Nanti susu merudum. Susu ibu memang sangat penting untuk baby kita pada waktu ini. Jaga kualiti dan kuantitinya. Dalam pantang ni emosi kena jaga betul-betul. Relax je. 

Pemilihan Set Berpantang yang betul juga dapat mengelakkan anak kita dari terkena jaundice. Janganlah beli Set Berpantang yang menjadi tukun di dapur, tak pakai sebab anak jaundice. Belila set pantang yang pd hari perrtama da boleh makan..Set ini sesuai untuk bayi jaundis bahkan membantu menurunkan jaundis..:)





Rakan Shaklee Anda

Nurul Azrin Binti Hashim
 SMS/WhatsApp/Wechat : 016-2253792
 Emel : puteri2485@gmail.com
 FB Page: Nurin Supplement
 FB Nu Rin

  
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
  
Pick Up/COD Area:

MELAKA‪‎ : Malim,cheng, durian tunggal,  krubong, sungai udang, paya rumput & kawasan sekitarnya.  





1 comments:

 

Penafian

Segala maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah berkaitan produk kesihatan Shaklee. Ia bukan bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Sekiranya anda menghidap sebarang penyakit sila dapatkan khidmat nasihat dan rawatan daripada doktor dan pakar pemakanan anda.

Sijil Halal Shaklee

Total Pageviews